Thursday, 7 November 2013

Ma'al Hijrah 1435H


Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah 1435H

Semoga kita terus istiqamah dalam perihal kehidupan seharian serta ibadah dan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Permulaan yang baru dalam bulan Islam ialah Muharram tetapi sambutannya agak tidak terasa bagi sesetengah umat Islam kini. Berlainan dengan sambutan tahun baru serta laungan Merdeka ! di Dataran Merdeka dan cuti umum yang diberikan, masyarakat lebih mengingati hari dan tarikh itu. Mujurlah Maal Hijrah diberikan cuti umum, jika tidak hari yang penting dan bermanfaat itu pergi tanpa disedari oleh semua.

Bermula dengan bacaan doa awal dan akhir tahun sebelum masuknya bulan Muharram dapat menjadikan kita lebih bersedia dalam menghadapi cabaran mendatang. Ia dijadikan satu titik permulaan yang baik bagi umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru. Jika kita sekarang, masuk sahaja tahun baru, mulalah mahu berresolusi sana sini tetapi kesudahannya, resolusi itu hanya kosong belaka.

Sambutan Maal Hijrah haruslah difahami dengan mendalam ertinya, barulah ia sentiasa kekal dan teguh dalam diri setiap umat Islam. Jika kita fahami dengan teliti, Hijrah memaparkan erti pengorbanan, kesetiaan, keihlasan dan keyakinan dan perkara-perkara inilah yang patut ada dalam diri setiap umat Islam. Rugilah jika kita sendiri tidak memanfaatkan tahun baru Islam kerana seharusnya titik permulaan itulah kita patut kejar.

Detik hijrahnya nabi ke Madinah yang akhirnya terbinanya sebuah negara Islam dan di saat itulah Islam terus berkembang sehingga zaman kita kini. 

Jujur pada diri aku, aku sendiri lupa tarikh kedatangan tahun baru  Muharaam. Ya Allah! sungguh aku terleka dengan perihal dunia sehingga aku lupa dengan kedatangan tahun yang dimana bermulanya era pembaharuan bagi kita semua. Bagi diri aku juga, Maal Hijrah merupakan titik untuk aku berubah kepada yang lebih baik. Hijrah itu besar maksudnya, tetapi Hijrah itu boleh dikaitkan dengan yang paling hampir iaitu diri kita sendiri.

Hijrah, satu patah perkataan yang aku pegang hingga kini, Mama selalu berkata jika kita berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, InsyaAllah akan memberikan kita segala perihal yang lebih baik. Begitulah ayat mama yang aku ingat dan aku manfaatkan hingga kini. Tidak perlu risau jika kita meninggalkan perkara yang buruk untuk kita mengejar perkara yang baik kerana aku yakin Allah akan menjanjikan yang terbaik jika aku berhijrah.

Hijrah aku untuk tahun yang baru ini akan aku realisasikan. Aku mahu jadi yang lebih baik, biarlah aku dipandang mulia disisi Allah dan memenuhi dada dengan ilmu agama yang ternyata aku masih jahil tentangnya. Pembangunan akal  seperti ini yamg berlandaskan ajaran Islam amat perlu agar aku tidak tersesat atau terlari dari landasan aku. Memperbaiki hubungan dengan manusia yang berada disekeliling aku, ia merupakan salah satu hijrah aku untuk tahun baru ini.

Bukan nak kata aku jahat, bukan nak kata aku buat orang tapi sekurang-kurangnya aku perlu memperbaiki cara aku dengan manusia disekeliling aku. Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan mahupun sebesar kuman pun dosa aku dengan manusia disekekliling aku, aku tetap akan diheret dipadang Mahsyar nanti. Aku takut, aku tak mahu berdosa dengan manusia. Aku pernah mambaca satu potongan ayat, "jika kita berdosa dengan Allah, kita boleh meminta keampunanNya, tetatpi jika kita berdosa dengan manusia, kita haruslah memohon keampunan daripada mereka. 

Hijrah aku yang seterusnya ialah mebuang segala sifat negatif dalam diri ini yang telah menjadi penghalang kejayaan aku selama ini. Berpegang pada keikhlasan hati, keyakinan diri dan pengorbanan yang harus aku buat demi menjadi insan yang terbaik untuk tahun baru mendatang ini. Semua datang dari kita sendiri untuk berhijrah meninggalkan segala perkara yang buruk yang pernah kita lakukan.

Sudah terang lagi menyatakan hijrah mampu menjadi dorongan hidup untuk kita umat Islam hingga ke akhir zaman. Sebelum itu, kita perlulah mendalami maksud sebenar hijrah itu sendiri dan jika ia tidak didalami dengan sebetulnya, hijrah itu tidak dapat direalisasikan dengan betul. 

Sebagai umat Islam yang berakal kita dituntut untuk berhijrah untuk meninggalkan segala bentuk jahilliyah, maksiat, segala dosa dan apa jua jenis kemungkaran yang tidak pernah lari daripada kehidupan manusia dan menjadi yang lebih baik untuk agama Islam. 

Apa yang semalam, kita tinggal kan menjadi sejarah. permulaan untuk hari ini, kita titi dengan sebaiknya.

Apa yang baik datang daripada Allah, apa yang kurang itu datang daripada kita sendiri.

fikir-fikirkanlah..


till then,
nadia fathin







1 comment:

  1. Menarik...
    semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya...InsyaAllah...Amin

    ReplyDelete