Thursday, 7 November 2013

Ma'al Hijrah 1435H


Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah 1435H

Semoga kita terus istiqamah dalam perihal kehidupan seharian serta ibadah dan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Permulaan yang baru dalam bulan Islam ialah Muharram tetapi sambutannya agak tidak terasa bagi sesetengah umat Islam kini. Berlainan dengan sambutan tahun baru serta laungan Merdeka ! di Dataran Merdeka dan cuti umum yang diberikan, masyarakat lebih mengingati hari dan tarikh itu. Mujurlah Maal Hijrah diberikan cuti umum, jika tidak hari yang penting dan bermanfaat itu pergi tanpa disedari oleh semua.

Bermula dengan bacaan doa awal dan akhir tahun sebelum masuknya bulan Muharram dapat menjadikan kita lebih bersedia dalam menghadapi cabaran mendatang. Ia dijadikan satu titik permulaan yang baik bagi umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru. Jika kita sekarang, masuk sahaja tahun baru, mulalah mahu berresolusi sana sini tetapi kesudahannya, resolusi itu hanya kosong belaka.

Sambutan Maal Hijrah haruslah difahami dengan mendalam ertinya, barulah ia sentiasa kekal dan teguh dalam diri setiap umat Islam. Jika kita fahami dengan teliti, Hijrah memaparkan erti pengorbanan, kesetiaan, keihlasan dan keyakinan dan perkara-perkara inilah yang patut ada dalam diri setiap umat Islam. Rugilah jika kita sendiri tidak memanfaatkan tahun baru Islam kerana seharusnya titik permulaan itulah kita patut kejar.

Detik hijrahnya nabi ke Madinah yang akhirnya terbinanya sebuah negara Islam dan di saat itulah Islam terus berkembang sehingga zaman kita kini. 

Jujur pada diri aku, aku sendiri lupa tarikh kedatangan tahun baru  Muharaam. Ya Allah! sungguh aku terleka dengan perihal dunia sehingga aku lupa dengan kedatangan tahun yang dimana bermulanya era pembaharuan bagi kita semua. Bagi diri aku juga, Maal Hijrah merupakan titik untuk aku berubah kepada yang lebih baik. Hijrah itu besar maksudnya, tetapi Hijrah itu boleh dikaitkan dengan yang paling hampir iaitu diri kita sendiri.

Hijrah, satu patah perkataan yang aku pegang hingga kini, Mama selalu berkata jika kita berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, InsyaAllah akan memberikan kita segala perihal yang lebih baik. Begitulah ayat mama yang aku ingat dan aku manfaatkan hingga kini. Tidak perlu risau jika kita meninggalkan perkara yang buruk untuk kita mengejar perkara yang baik kerana aku yakin Allah akan menjanjikan yang terbaik jika aku berhijrah.

Hijrah aku untuk tahun yang baru ini akan aku realisasikan. Aku mahu jadi yang lebih baik, biarlah aku dipandang mulia disisi Allah dan memenuhi dada dengan ilmu agama yang ternyata aku masih jahil tentangnya. Pembangunan akal  seperti ini yamg berlandaskan ajaran Islam amat perlu agar aku tidak tersesat atau terlari dari landasan aku. Memperbaiki hubungan dengan manusia yang berada disekeliling aku, ia merupakan salah satu hijrah aku untuk tahun baru ini.

Bukan nak kata aku jahat, bukan nak kata aku buat orang tapi sekurang-kurangnya aku perlu memperbaiki cara aku dengan manusia disekeliling aku. Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan mahupun sebesar kuman pun dosa aku dengan manusia disekekliling aku, aku tetap akan diheret dipadang Mahsyar nanti. Aku takut, aku tak mahu berdosa dengan manusia. Aku pernah mambaca satu potongan ayat, "jika kita berdosa dengan Allah, kita boleh meminta keampunanNya, tetatpi jika kita berdosa dengan manusia, kita haruslah memohon keampunan daripada mereka. 

Hijrah aku yang seterusnya ialah mebuang segala sifat negatif dalam diri ini yang telah menjadi penghalang kejayaan aku selama ini. Berpegang pada keikhlasan hati, keyakinan diri dan pengorbanan yang harus aku buat demi menjadi insan yang terbaik untuk tahun baru mendatang ini. Semua datang dari kita sendiri untuk berhijrah meninggalkan segala perkara yang buruk yang pernah kita lakukan.

Sudah terang lagi menyatakan hijrah mampu menjadi dorongan hidup untuk kita umat Islam hingga ke akhir zaman. Sebelum itu, kita perlulah mendalami maksud sebenar hijrah itu sendiri dan jika ia tidak didalami dengan sebetulnya, hijrah itu tidak dapat direalisasikan dengan betul. 

Sebagai umat Islam yang berakal kita dituntut untuk berhijrah untuk meninggalkan segala bentuk jahilliyah, maksiat, segala dosa dan apa jua jenis kemungkaran yang tidak pernah lari daripada kehidupan manusia dan menjadi yang lebih baik untuk agama Islam. 

Apa yang semalam, kita tinggal kan menjadi sejarah. permulaan untuk hari ini, kita titi dengan sebaiknya.

Apa yang baik datang daripada Allah, apa yang kurang itu datang daripada kita sendiri.

fikir-fikirkanlah..


till then,
nadia fathin







Thursday, 24 October 2013

3 things..

Assalamualaikum

today's lecture, sir hasman asked us to present about
" 3 things you need to have when you stranded at the island "

in my opinion, the thing that i need to have is

1 . a knife
it is used to search for food, for safety reason, for cooking and cut the raw for cooking
and anything for the reason of survival.
the best part is, knife can be use continuously and it is consider very important to a person.

2. a lighter
lighters is the second important things that a person need to have.
it can help to make a camp fire to light up the environment when the sun down.

3. a rope
when we are at the middle of nowhere, a rope is consider essential because it help to tight up the tent.
even a rope can use to band a bunch of  bamboo to make a raft so that i can go search for a help

MORAL OF THE STORY

in my opinion, these 3 things can teach us how to be independent when we are given 
only a few things for survival
to make use our creative thinking in order to survive in a very limited resources
in real world, these 3 things help us and guide us to prepare for the world outside.
to survive in a real world is so much tougher than to survive in an island

in a real world, i need to imagine that i am working at the international companies,
and the companies announce that when i want to get promoted by the company, i need to make 
the company's profit at the maximum level
so i have been provided by 3 things as a tools to make the promotion

for me, the concept is the same like at the island
when we only have the 3 things, make use of it for your survival, for your own good.


till then
nadia fathin

Sunday, 20 October 2013

something to share :)

Assalamualaikum
in my previous post, i talked about my routine on every sunday
CAR BOOT SALE

so far, i have been for car boot sale for nearly six weeks

in that case
i want to share with you guys how my weekends look like



this is basically my very first time
at Kota Damansara


the following week, i shifted to AU Keramat car boot sale
i have met many people from different background

automatically, it acts as a steeping stone for me as a business student 
to be exposed in a real business world
and deal with people across state and countries

good therapy for me on weekends 
at the same time i can earn extra money for my studies




its all about networking
bonding
meeting people
dealing with customer
people that come from various background
suppliers
wholesalers
retailers
you named it

and i love this kind of activity

till then,
nadiafathin

Sunday, 29 September 2013

sunday routine : CAR BOOT SALE !

Assalamualaikum
Hari ini hari ahad
setiap hari ahad saya akan join "car boot sale" di Lembah Keramat
Alhamdulillah rezeki saya keluar pagi dgn mama berbaloi
The crowd was really good and supportive
Dan bila kita berniaga, dlm masa yang sama kita akan berkenalan dgn rakan niaga yang lain
Dari situ kita 'networking'
Dah masuk minggu ke 3 dan saya dah jumpa macam macam orang
Dah membuat kita tersedar yang banyak peluang perniagaan di luar sana
Bila kita bersusah payah mencari duit dgn usaha sendiri akhirnya duit yang kita perolehi sgt bermakna
Alhamdulillah syukur nikmat :)

Thursday, 19 September 2013

if i can turn back time..

Assalamualaikum

Happy Tuesday to my humble blog reader

Basically, everyone have something they regretted  
I have mine


Masa lampau, masa yang pasti ada untuk setiap manusia di muka bumi ini
Itu pasti
Yang tidak akan berlaku ialah apabila kita mahu mengundur masa yang telah pergi
 tapi kita boleh berfikir JIKA kita boleh mengundur semula masa yang telah lalu,
Apa yang sepatutnya kita buat

Jika masa itu boleh diundur,
Benda yang paling menyesal 
Bila saya degil 
dan bila saya degil itulah saya jadi keras kepala
kalau masa itu boleh dipatah balik
saya nak belajar menerima nasihat orang lain dan tak nak ikutkan kepala sendiri je
 
itulah perkara yang paling saya kesali
bila degil dah datang 
keras kepala menjengah
tak boleh nak buat apa

Nadia oh Nadia
Berubahlah
Jangan ikutkan kepala sendiri je
Terima nasihat orang lain
Jangan degil

 Kalau masa itu boleh undur
saya minta saya dilahirkan dengan tiada perangai seperti itu 
 
Tapi..
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada
kelemahan diri itu kita hanya perlu perbaiki dari masa ke masa
supaya ia tidak memakan diri




nadia fathin







Thursday, 12 September 2013

Gooooooooodmorning September '13

Assalamualaikum

i just started my new semester

and 
the fun part is..

FINAL YEARRR !

i"ll keep updating

have a nice day

:)

Wednesday, 22 May 2013